TEMBURONG, Rabu 27 April 2022 – Balai Polis Bangar, Pasukan Polis Diraja Brunei (PPDB) telah mengadakan Majlis Khatam Al-Quran bagi Pegawai-Pegawai dan Anggota Pangkat Rendah Daerah Polis Temburong bersempena Bulan Ramadhan Tahun 1443/2022 bertempat di Bilik Mesyuarat, Ibu Pejabat Daerah Polis Temburong. 

Hadir selaku tetamu kehormat majlis ialah Pesuruhjaya Polis PPDB, Yang Mulia Dato Paduka Seri Haji Awang Mohammad Irwan bin Haji Hambali. 

Majlis dimulakan dengan bacaan Khatam Al-Quran oleh semua pegawai dan anggota yang diraikan dan seterusnya bacaan Doa Khatam dipimpin oleh Yang Mulia Ustaz Muhammad Faez bin Zakaria dan diakhiri dengan bacaan Doa Peliharakan Sultan dan Negara Brunei Darussalam yang dipimpin oleh Lans Koperal 6110 Abd Najib bin Yahya. 

Majlis ini merupakan kali pertama dikendalikan oleh Balai Polis Bangar dan ianya bertujuan untuk menyemarakkan lagi suasana Bulan Ramadhan yang penuh magfirah ini di samping mendekatkan diri dengan Al-Quran dan meningkatkan hubungan silaturahim di kalangan pegawai dan anggota polis di Daerah Temburong.

Dikeluarkan oleh :

UNIT PERHUBUNGAN AWAM

PEJABAT PESURUHJAYA POLIS

PASUKAN POLIS DIRAJA BRUNEI