TUTONG, Sabtu 12 Feb 2022 – Balai Polis Tutong, Pasukan Polis Diraja Brunei (PPDB) telah menerima satu laporan kes berkenaan sebuah kenderaan yang dibawa lari oleh individu yang tidak dikenali.
Kejadian berkenaan dilaporkan pada 12 Februari 2022 sekitar jam 5.35 pagi di kawasan sebuah kedai runcit di Kg Luagan Duduk, Tutong.
Siasatan kemudian telah dijalankan oleh keanggotaan Balai Polis Tutong melalui rakaman kamera litar tertutup (CCTV) kedai berkenaan dan telah berhasil menahan seorang perempuan warganegara tempatan berumur 19 tahun dipercayai terlibat dengan perilaku curi kenderaan tersebut.
Suspek dijalankan siasatan di bawah Seksyen 379 Kanun Hukuman Jenayah Penggal 22 iaitu curi dan jika sabit kesalahan boleh dihukum penjara atau denda atau kedua-duanya sekali.
Pasukan Polis Diraja Brunei (PPDB) ingin mengingatkan dan menasihatkan kepada orang ramai agar sentiasa peka semasa meninggalkan kenderaan dan penting dalam memastikan enjin kenderaan telah dimatikan dan dalam keadaan berkunci bagi mengelakkan daripada berlakunya sebarang kejadian yang tidak diingini.
Dikeluarkan oleh :
UNIT PERHUBUNGAN AWAM
PEJABAT PESURUHJAYA POLIS
PASUKAN POLIS DIRAJA BRUNEI
