BRUNEI MUARA, Ahad 9 Jan 2022 – Negara sekarang telahpun berada di dalam fasa awal endemik iaitu keadaan fasa di mana masyarakat awam akan menjalani kehidupan seharian dengan gangguan minima pada aktiviti seharian. 

Meskipun wabak virus COVID-19 ini dipercayai tidak akan pupus dan akan tetap berada dalam kalangan masyarakat umum, namun pematuhan terhadap langkah-langkah teras terhadap kawalan jangkitan virus sentiasa dititikberatkan pihak kerajaan bagi memastikan tahap kesihatan orang ramai dapat dikawal dengan sebaiknya. 

Sementara itu, intervansi dalam pengawalan langkah-langkah keselamatan yang dijalankan oleh agensi-agensi penguatkuasaan kepada masyarakat awam masih lagi diteruskan dan dipergiatkan agar penekanan terhadap prosedur operasi standard (SOP) sentiasa ditanai dan juga dipatuhi sepenuhnya. 

Hasil dapatan daripada Operasi Peralihan yang dijalankan semalam 8 Januari 2022 telah mencatatkan sebanyak 8 pelanggaran arahan telah di dapati. 

Pelanggaran arahan mengikut urutan daerah; 

7 kesalahan di Daerah Brunei Muara 

1 kesalahan di Daerah Temburong 

Dalam negara menyusuri fasa endemik ini, penekanan terhadap disiplin dan tingkah laku masyarakat akan diambil kira dalam penentu kejayaan dalam keberhasilan membendung serta mengawal penularan wabak COVID-19 ini.

Dikeluarkan oleh :

UNIT PERHUBUNGAN AWAM

PEJABAT PESURUHJAYA POLIS

PASUKAN POLIS DIRAJA BRUNEI