TEMBURONG, Sabtu 1 Jan 2022 – Satu Operasi sekatan jalanraya telah dikendalikan oleh Daerah Polis Temburong, Pasukan Polis Diraja Brunei di kawasan persimpangan Jalan Kubur Semamang. 

Operasi sekatan yang bermula pada jam 10 malam tersebut melibatkan keanggotaan seramai 10 orang yang diketuai oleh Pegawai Siasatan Lalulintas Daerah Temburong, Penolong Penguasa Polis (ASP) Hjh Nur Azhani bte Hj Johaiani. 

Dalam operasi berkenaan, pihak polis tidak ada menemukan ataupun mendapati sebarang pelanggaran kesalahan yang menjurus kepada kesalahan akta lalulintas jalanraya mahupun perihal akta jenayah. 

Objektif ataupun tujuan operasi dikendalikan adalah bagi memastikan keselamatan orang ramai di daerah Temburong ini sentiasa terjamin dengan menampilkan keberadaan pihak polis sebagai strategi utama dalam memastikan pelanggaran undang-undang ditangani dengan sebaik mungkin. 

Dikeluarkan oleh :

UNIT PERHUBUNGAN AWAM

PEJABAT PESURUHJAYA POLIS

PASUKAN POLIS DIRAJA BRUNEI