TEMBURONG, Selasa 14 Dis 2021 – Usaha strategi pemantauan jenayah yang berterusan membuahkan hasil apabila keanggotaan Balai Polis Bangar, Pasukan Polis Diraja Brunei (PPDB) telah menemukan beberapa bungkusan kotak dipercayai barang tegahan diletakkan di kawasan hutan berdekatan loji najis, Kg Perpindahan Rataie pada 14 Disember 2021 sekitar waktu pagi.
Hasil daripada pemeriksaan ke atas bungkusan kotak tersebut telah menemukan sebanyak 48 botol minuman keras dengan pelbagai jenama.
Barang-barang tegahan dan kes penyiasatan diserahkan kepada Jabatan Kastam dan Eksais Diraja (JKED) bagi tindakan lanjut.
PPDB akan sentiasa mengambil langkah proaktif dalam mengekang segala aktiviti penyeludupan dan jenayah rentas sempadan serta akan mengambil tindakan tegas ke atas mana-mana pelaku yang menjalani kegiatan haram di negara ini.
Dikeluarkan oleh :
UNIT PERHUBUNGAN AWAM
PEJABAT PESURUHJAYA POLIS
PASUKAN POLIS DIRAJA BRUNEI
