KUALA BELAIT, Sabtu, 09 Mei 2026 – Bahagian Siasatan Jenayah Siber (BSJS), Jabatan Siasatan Jenayah, Pasukan Polis Diraja Brunei (PPDB) telah dijemput untuk menyampaikan taklimat bertajuk “Penipuan Dalam Talian” yang diadakan di Dewan Sekolah St. John’s, Kuala Belait.

Turut hadir dalam taklimat tersebut ialah Dr. Teh Keng Watt, Pengetua Sekolah St. John’s, Mohammad Farid bin Kasim, Ketua Kampung Pandan ‘D’, Mohammad Sufrizal bin Haji Hamdan, Ketua Kampung Pekan Kuala Belait ‘B’, serta Abdul Rahman Amin bin Jalani, Ketua Kampung Mumong ‘C’.

Taklimat tersebut telah dihadiri oleh seramai 120 orang ibu bapa, 35 orang guru dan 220 orang penuntut sekolah berkenaan.

Taklimat telah disampaikan oleh Ketua Inspektor Adinin bin Haji Ahmad yang antara lain menekankan mengenai ancaman penipuan dalam talian, modus operandi yang sering digunakan oleh sindiket penipuan serta langkah-langkah yang perlu diambil apabila menerima sebarang maklumat atau panggilan yang meragukan. Orang ramai juga disarankan untuk segera melaporkan sebarang kes penipuan kepada Talian Bantu Penipuan Dalam Talian 16993.

Dikeluarkan Oleh :

UNIT PERHUBUNGAN AWAM

PEJABAT PESURUHJAYA POLIS

IBU PEJABAT POLIS

PASUKAN POLIS DIRAJA BRUNEI