BRUNEI MUARA, Jumaat 10 Dis 2021 – Usaha kerajaan masih diperkuat tanpa renggang dalam peranan utama melaksanakan pembendungan pasca wabak COVID-19 di negara ini. Disebalik ancaman wabak yang belum berakhir, kehidupan masyarakat awam telahpun berubah sedikit demi sedikit dalam penyesuaian kelangsungan hidup dalam era norma baharu. 

Ketuntasan keadaan gaya kehidupan sekarang seperti pemakaian sungkup muka dan penjarakan sosial bukan lagi satu pilihan bahkan ianya sangat penting dalam aspek penjagaan kesihatan diri sendiri di samping mengikuti prosedur operasi standard (SOP) pembendungan wabak yang telah ditetapkan dan dikeluarkan oleh pihak kerajaan. 

Selanjutnya, menerusi Operasi Peralihan yang dijalankan oleh agensi-agensi penguatkuasaan semalam 9 Disember 2021 bermula jam 10 malam sehingga 4 pagi telah mencatatkan sebanyak 1 pelanggaran arahan didapati di seluruh daerah. 

Pelanggaran arahan mengikut urutan daerah ; 

1 kesalahan di Daerah Tutong

Sifat virus COVID-19 yang sangat mudah merebak ini akan terus menular jika tidak disekat dengan sebaiknya. Justeru, disiplin dan komitmen di setiap lapisan masyarakat dan penduduk negara ini adalah kunci kepada misi untuk keluar daripada pandemik COVID-19 ini dengan jayanya.

Dikeluarkan oleh :

UNIT PERHUBUNGAN AWAM

PEJABAT PESURUHJAYA POLIS

PASUKAN POLIS DIRAJA BRUNEI