BRUNEI MUARA, Khamis 2 Dis 2021 – Dengan meningkatnya pengambilan kadar vaksinasi penduduk negara yang telah mencapai 80 peratus ketika ini, pembukaan sektor-sektor perniagaan serta pengurangan langkah-langkah sekatan telahpun diberi kelonggaran secara berperingkat dalam hala tuju negara melaksanakan pelan pemulihan negara secara komprehensif. 

Namun, dalam intervensi melaksanakan dan menjayakan hasrat berkenaan dengan secara mampan, sistem pengawalan yang utuh serta pendekatan secara ‘whole of nation’ perlu disematkan pada setiap lapisan masyarakat dalam aspek prosedur operasi standard (SOP) dan arahan yang dikeluarkan oleh pihak kerajaan berkaitan pembendungan dan pengawalan wabak COVID-19 ini sentiasa dipatuhi dan ditaati pada tahap yang tertinggi. 

Pemantauan dan penilaian yang rapi pada setiap perkembangan berkaitan wabak COVID-19 sentiasa dikemaskini bagi memastikan sistem kesihatan dan pergerakan masyarakat awam sentiasa terkawal dengan sebaik mungkin. 

Terkini, melalui Operasi Peralihan yang dijalankan oleh agensi-agensi penguatkuasa undang-undang yang dipimpin oleh Pasukan Polis Diraja Brunei (PPDB) telah mencatatkan sebanyak 5 pelanggaran arahan telah berlaku semalam 1 Disember 2021 yang bermula pada jam 10 malam sehingga 4 pagi. 

Pelanggaran arahan mengikut urutan daerah ; 

5 kesalahan di Daerah Brunei Muara 

Oleh yang demikian, Pihak kerajaan menyeru kepada setiap lapisan masyarakat di negara ini agar dapat memanfaatkan kelonggaran-kelonggaran yang diberikan dengan sentiasa mempraktikkan disiplin dan rasa tanggungjawab dengan penuh dedikasi melalui pematuhan SOP COVID-19 seperti pemakaian sungkup muka, mengamalkan penjarakan fizikal dan sosial serta sentiasa memastikan penjagaan kebersihan dan juga keselamatan diri. 

Dikeluarkan oleh :

UNIT PERHUBUNGAN AWAM

PEJABAT PESURUHJAYA POLIS

PASUKAN POLIS DIRAJA BRUNEI