BRUNEI MUARA, Khamis 18 Nov 2021 – Arahan terhadap garis panduan kesihatan seperti pemakaian sungkup muka, penjarakan sosial serta penggunaan aplikasi Bruhealth kekal menjadi teras dan masih lagi diteruskan pihak kerajaan walhal negara sudah memasuki waktu fasa peralihan kelak. 

Justeru, pematuhan orang ramai terhadap arahan tersebut perlu dicakna dan diikuti sepenuhnya bagi memberikan peluang kepada pihak kerajaan membuat sebarang penilaian awal dengan persediaan-persediaan yang mampan lagi kolektif sebelum menghadapi fasa seterusnya iaitu fasa endemik. 

Namun, dalam keterujaan sebahagian masyarakat terhadap kelonggaran dan pengurangan langkah-langkah kawalan yang bakal dijalani semasa fasa peralihan, rakyat negara ini bukan sahaja perlu mematuhi dan mengamalkan prosedur operasi standard (SOP) COVID-19 malah perlu beringat bahawa segala aktiviti dan tindakan yang dilakukan adalah masih di bawah pemantauan dan penguatkuasaan pihak kerajaan. 

Oleh itu, sebarang pelanggaran kesalahan akan diambil tindakan sewajarnya di bawah Akta Penyakit Berjangkit Penggal 204. 

Bagi Operasi Pulih yang telah memasuki hari ke 45 pada 17 November 2021 bermula 8 malam sehingga 4 pagi telah mencatatkan sebanyak 6 pelanggaran arahan ditemukan. 

Pelanggaran akta mengikut urutan daerah ; 

5 kesalahan di Daerah Brunei Muara

1 kesalahan di Daerah Belait

Momentum kerjasama antara kerajaan dan masyarakat adalah mustahak dan wajar diteruskan agar pemacuan usaha dalam pembendungan penularan wabak COVID-19 ini dihasilkan dengan jayanya.

Dikeluarkan oleh :

UNIT PERHUBUNGAN AWAM

PEJABAT PESURUHJAYA POLIS

PASUKAN POLIS DIRAJA BRUNEI