BRUNEI MUARA, Selasa 16 Nov 2021 – Serangan dan hambatan pandemik COVID-19 mencetus perubahan besar terhadap norma masyarakat global apabila gaya kehidupan seharian telah terjejas meliputi aspek kesihatan, keselamatan, penugasan harian, sosial, budaya dan sebagainya. 

Pasca wabak juga secara tidak langsung memberikan implikasi yang getir dan kritikal sehingga mendorong kerajaan melaksanakan pelbagai langkah, strategi dan tindakan yang penting bagi mencegah penularan virus merebak lebih jauh bertapak di kalangan lapisan masyarakat. 

Walhal kekangan ini berhasil menggerakkan kesiapsiagaan kerajaan melalui posisi yang komprehensif dengan merangka langkah-langkah kawalan beserta pengemaskinian prosedur operasi standard (SOP) yang dinilai mampu mengurangkan kesan jangkitan berpaksikan kerjasama masyarakat secara timbal balik pada tahap optimum dalam usaha melawan COVID-19 ini. 

Penerapan langkah kawalan yang dikuatkuasakan melalui Operasi Pulih melibatkan penguatkuasaan agensi-agensi kerajaan diharap memberi kesan yang signifikan dalam proses pemulihan negara menuju ke fasa endemik. 

Catatan operasi yang dijalankan semalam 15 November 2021 bermula jam 8 malam sehingga 4 pagi telah menemukan sebanyak 2 kesalahan pelanggaran di seluruh daerah. 

Pelanggaran akta mengikut urutan daerah ; 

2 kesalahan di Daerah Brunei Muara

Pematuhan arahan terhadap protokol kesihatan yang dikeluarkan kerajaan kepada masyarakat umum tidak lain bertujuan untuk kepentingan kesejahteraan dan menjamin kemaslahatan bersama dalam membina kembali kemampanan negara seperti sebelumnya.

Dikeluarkan oleh :

UNIT PERHUBUNGAN AWAM

PEJABAT PESURUHJAYA POLIS

PASUKAN POLIS DIRAJA BRUNEI