BRUNEI MUARA, Isnin 15 Nov 2021 – Negara sekarang sedang berada di landasan menuju ke fasa peralihan pada 19 November ini, sejurus vaksinasi penduduk negara telah mencapai ke tahap 70 kadar peratus. 

Meskipun fasa endemik ini semakin hampir dikecapi, wabak virus COVID-19 dipercayai tetap tidak akan pupus malah akan tetap berada bersama-sama di dalam kalangan masyarakat umum. 

Justeru, saranan pihak kerajaan terhadap pengambilan vaksin merupakan medium utama dalam memastikan tahap program imunasi orang ramai berada di tahap yang tinggi bagi tujuan menangani daripada jangkitan terus menular atau tidak dapat dikawal. 

Di samping itu juga, intervansi dalam langkah-langkah kawalan dan keselamatan akan tetap diteruskan dan dipergiatkan berlandaskan penerapan prosedur operasi standard (SOP) yang telah dikemaskini oleh pihak kerajaan demi untuk memastikan keupayaan penjagaan kesihatan awam semasa fasa peralihan nanti akan sentiasa terjamin dan dipatuhi dengan sepenuhnya. 

Melalui Operasi Pulih yang dijalankan semalam 14 November 2021 memasuki hari ke 42 telah mencatatkan sebanyak 16 pelanggaran arahan dan telah pun diambil tindakan sewajarnya. 

Pelanggaran akta mengikut urutan daerah ; 

16 kesalahan di Daerah Brunei Muara 

Dalam negara bakal menyusuri fasa peralihan ini, penekanan terhadap pendisiplinan tindakan dan tingkah laku masyarakat akan diambil kira bagi penentu kejayaan dalam keberhasilan pembendung penularan wabak COVID-19 ini. 

Dikeluarkan oleh :

UNIT PERHUBUNGAN AWAM

PEJABAT PESURUHJAYA POLIS

PASUKAN POLIS DIRAJA BRUNEI