BRUNEI MUARA, Sabtu 13 Nov 2021 – Teknologi dan komunikasi telah menjadi pusat landasan kepada tunggak perhubungan kehidupan masyarakat mutakhir ini, lebih-lebih lagi ketika dunia menghadapi situasi sukar menyusuri pandemik COVID-19.
Ketika negara berdepan dengan situasi pandemik ini, akses kepada sebarang maklumat terkini adalah mustahak dan sangat penting dalam usaha kerajaan memastikan kesejahteraan dan kesihatan rakyat terjamin dan terpelihara dari ancaman di sekeliling.
Antara lain langkah pihak kerajaan dalam strategi memutuskan penularan rangkaian jangkitan wabak dari kalangan lapisan masyarakat adalah melalui pembarigaan penuh akan pengaruh media dan bahan penyiaran agar masyarakat sentiasa terdidik dan berkemampuan untuk menapis dan memastikan maklumat yang diterima adalah sahih dan benar terutama sekali permakluman mengenai arahan-arahan yang berkaitan dengan langkah kawalan yang dikuatkuasakan pihak kerajaan seperti Operasi Pulih.
Melalui operasi berkenaan yang telah dijalankan semalam 12 November 2021 bermula jam 8 malam sehingga 4 pagi mencatatkan sebanyak 12 pelanggaran arahan di seluruh daerah.
Pelanggaran arahan mengikut urutan daerah ;
6 kesalahan di Daerah Brunei Muara
3 kesalahan di Daerah Belait
3 kesalahan di Daerah Temburong
Dalam usaha untuk memacu peroperasian yang dijalankan, masyarakat disaran untuk lebih peka dan tidak mengambil sikap mudah terhadap arahan yang sentiasa diuar-uarkan di mana-mana media massa dan media sosial dalam hasrat untuk membawa negara kepada kejayaan pengawalan wabak COVID-19 dengan sepenuhnya.
Dikeluarkan oleh :
UNIT PERHUBUNGAN AWAM
PEJABAT PESURUHJAYA POLIS
PASUKAN POLIS DIRAJA BRUNEI
