BRUNEI MUARA, Jumaat 12 Nov 2021 – Adapun garis panduan dan langkah-langkah keselamatan yang dikeluarkan oleh pihak kerajaan dalam menangani situasi penularan wabak COVID-19 di negara ini tidaklah bertujuan untuk menyusahkan masyarakat semua. Bahkan sebaliknya, dimana ianya bukan sahaja mampu untuk melindungi diri sendiri malah meliputi keluarga dan orang sekeliling, termasuklah dari kalangan barisan hadapan negara.
Walaupun garis panduan tersebut memerlukan sedikit masa untuk membiasakan diri, tetapi ianya adalah mudah dan lazimnya tidak sukar untuk diikuti. Pihak kerajaan juga percaya bahawa penduduk negara akan berhasil dalam mengharungi kehidupan dalam norma baharu ini selagi mana tanggungawab berkenaan ditanai dan dipatuhi dengan penuh komitmen dan kewaspadaan yang tinggi.
Masyarakat awam juga perlu sedar dan mengetahui bahawa seorang individu yang dijangkiti positif COVID-19 akan mampu mencetuskan potensi suatu kluster yang cepat merebak dan akibatnya mengeruhkan lagi keadaan pandemik ini.
Oleh itu, dengan penguatkuasaan langkah-langkah kawalan berteraskan penerapan prosedur operasi standard (SOP) yang dikuatkuasakan pihak kerajaan dihasrat dapat menjunamkan lengkungan penularan wabak dan mengawal pembendungan dengan sebaiknya.
Terkini hasil daripada Operasi Pulih pihak penguatkuasaan semalam 11 November 2021 bermula pada jam 8 malam sehingga 4 pagi telah mencatatkan sebanyak 13 pelanggaran arahan dan telahpun diambil tindakan denda kompaun ke atas mereka.
Pelanggaran arahan mengikut urutan daerah ;
9 kesalahan di Daerah Brunei Muara
4 kesalahan di Daerah Belait
Pasukan Polis Diraja Brunei (PPDB) bersama agensi penguatkuasaan yang terlibat menegaskan kepada orang ramai untuk tidak bersikap alpa, jangan mementingkan diri sendiri dan sentiasa kekal berwaspada dengan melindungi diri sendiri dan kesannya mampu melindungi satu sama yang lain.
Dikeluarkan oleh :
UNIT PERHUBUNGAN AWAM
PEJABAT PESURUHJAYA POLIS
PASUKAN POLIS DIRAJA BRUNEI
