BRUNEI-MUARA, SELASA, 21 April 2026 – Dalam usaha mempertingkatkan kesedaran serta inisiatif membanteras jenayah pemerdagangan orang di Negara Brunei Darussalam (NBD), Unit Siasatan Pemerdagangan Manusia (USPM), Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ), Pasukan Polis Diraja Brunei (PPDB) telah mengadakan taklimat jerayawara mengenai Jenayah Pemerdagangan Orang (Trafficking in Persons)kepada petugas barisan hadapan yang terdiri daripada pegawai dan kakitangan. Taklimat tersebut diadakan di Bilik Balai Yusof, Al Afiah Hotel, Kiulap.

Objektif utama taklimat ini adalah untuk mendidik serta meningkatkan kesedaran peserta mengenai kaedah mengenal pasti mangsa yang berpotensi terlibat dalam jenayah pemerdagangan orang di negara ini. Pihak penguatkuasa dan agensi barisan hadapan disarankan untuk sentiasa berwaspada serta mengenal pasti identiti tetamu lebih awal yang berkemungkinan terjebak dan dieksploitasi sebagai mangsa pemerdagangan manusia.
Kerjasama daripada kakitangan hotel amat diperlukan dalam memainkan peranan bagi menangani isu pemerdagangan manusia, di samping membantu PPDB dalam usaha memerangi jenayah ini.
Dikeluarkan Oleh :
UNIT PERHUBUNGAN AWAM
PEJABAT PESURUHJAYA POLIS
IBU PEJABAT POLIS
PASUKAN POLIS DIRAJA BRUNEI
