Brunei Muara, Rabu, 15 April 2026– Bahagian Siasatan Jenayah Siber (BSJS), Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ), Pasukan Polis Diraja Brunei (PPDB) telah dijemput untuk menyampaikan taklimat mengenai Kesedaran Jenayah Siber sempena “Program Masyarakat Bermaklumat bagi Rancangan Perumahan Negara Kampung Lumut Kawasan Satu, Mukim Liang”.

Taklimat tersebut telah diadakan di Dewan Auditorium, Bangunan Tambahan, Jabatan Penerangan dan dihadiri oleh seramai 19 orang penduduk Mukim Liang.

Taklimat telah disampaikan oleh Ketua Inspektor Adinin bin Haji Ahmad, yang antara lain menekankan kepentingan meningkatkan kesedaran orang ramai terhadap ancaman jenayah siber serta langkah-langkah pencegahan bagi mengelakkan menjadi mangsa penipuan dalam talian.

Program seumpama ini diharap dapat memperkukuhkan pengetahuan dan kesedaran masyarakat dalam menghadapi cabaran keselamatan siber masa kini. 

Dikeluarkan Oleh :

UNIT PERHUBUNGAN AWAM

PEJABAT PESURUHJAYA POLIS

IBU PEJABAT POLIS

PASUKAN POLIS DIRAJA BRUNEI