GADONG, Selasa 17 Mac 2026 – Badan Ugama Islam (BUI), Pasukan Polis Diraja Brunei telah mengelolakan satu Majlis Khatam Al-Quran Pasukan Polis Diraja Brunei (PPDB) sempena bulan Ramadhan tahun 1447H / 2026M yang telah berlangsung di Surau Ibu Pejabat Polis, Gadong.
Hadir selaku tetamu kehormat bagi majlis tersebut ialah Yang Mulia Dato Seri Pahlawan Awang Sulaiman bin Alidin, Pesuruhjaya Polis.
Turut hadir sama ialah Yang Amat Mulia Pengiran Anak Haji Mohd Saifullah bin Pengiran Indera Setia Diraja Sahibul Karib Pengiran Anak Haji Idris, Timbalan Pesuruhjaya Polis, serta para pengarah dan timbalan pengarah, ketua formasi, pegawai, anggota pangkat rendah serta kakitangan PPDB.

Terdahulu, Majlis dimulakan dengan bacaan Surah Al-Fatihah beramai-ramai yang dipimpin oleh Tetamu Kehormat Majlis dan seterusnya bacaan-bacaan Takhtim dan Dikir Marhaban. Seramai 57 peserta lelaki dan 19 peserta wanita terdiri daripada daripada warga PPDB & jemaah luar, telah menyertai Majlis Khatam bagi bulan Ramadhan tahun ini.


Majlis diakhiri dengan bacaan Doa Peliharakan Sultan dan Negara Brunei Darussalam yang dipimpin oleh Yang Mulia APO Staff Sgt 6472 Mohd Yusri bin Haji Abu Bakar Imam Surau Polis Gadong, PPDB serta solat zuhur berjemaah.

Dikeluarkan Oleh :
UNIT PERHUBUNGAN AWAM
PEJABAT PESURUHJAYA POLIS
IBU PEJABAT POLIS
PASUKAN POLIS DIRAJA BRUNEI
