BANDAR SERI BEGAWAN, JUMAAT 09 JANUARI 2026 – Daerah Brunei dan Muara, Pasukan Polis Diraja Brunei (PPDB) telah menganjurkan aktiviti gotong-royong membersihkan kawasan tanah perkuburan Islam, masjid dan balai ibadat secara serentak sempena Sambutan Hari Polis ke-105 Tahun. Aktiviti ini telah diadakan pada 9 Januari 2026 melibatkan enam lokasi di Daerah Brunei dan Muara.
Seramai 170 orang peserta telah mengambil bahagian dalam aktiviti tersebut, yang turut dihadiri oleh Yang Berhormat Penghulu Mukim Kianggeh, penghulu-penghulu mukim, ketua-ketua kampung, pegawai dan anggota PPDB, ahli Pengawasan Kejiranan (PK), Ahli Jawatankuasa Takmir Masjid, Ahli Majlis Perundingan Kampung (MPK), serta penduduk setempat.

Aktiviti gotong-royong ini telah dilaksanakan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Limbungan, Masjid Kampung Sungai Hanching, Mukim Berakas ‘B’, Tanah Perkuburan Islam Kinapahan Jerudong dan Masjid Al-Ameerah Kampung Jerudong, Masjid Az-Zakireen Kampung Meragang, Balai Ibadat Kampung Bebuloh, serta Masjid Al-Muhtadee Billah Kampung Sungai Kebun.
Penganjuran aktiviti ini bertujuan untuk mengeratkan hubungan dan kerjasama antara PPDB dan masyarakat setempat, di samping memupuk semangat silaturahim, tanggungjawab sosial serta kebersamaan dalam meraikan Sambutan Hari Polis ke-105 Tahun.







Dikeluarkan Oleh :
UNIT PERHUBUNGAN AWAM
PEJABAT PESURUHJAYA POLIS
IBU PEJABAT POLIS
PASUKAN POLIS DIRAJA BRUNEI
