BANDAR SERI BEGAWAN, 06 Januari 2026 – Bahagian Siasatan Jenayah Siber (BSJS), Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) telah mengadakan sesi taklimat bertajuk “Penipuan Dalam Talian” di Hyatt Borneo Management Services sebagai sebahagian daripada usaha berterusan pencegahan jenayah siber.

Taklimat yang disampaikan oleh Ketua Inspektor Adinin bin Haji Ahmad itu telah dihadiri oleh 41 orang kakitangan syarikat berkenaan, dengan fokus kepada peningkatan kesedaran mengenai modus operandi penipuan dalam talian serta langkah-langkah mengelakkan diri daripada menjadi mangsa.

Antara perkara yang diketengahkan termasuk pengenalpastian taktik scammer seperti laman web palsu, penipuan pelaburan tidak wujud, penyamaran sebagai pegawai bank atau pihak berkuasa, serta penipuan jualan dalam talian. Usaha ini mencerminkan komitmen pihak polis dalam memperkukuh kesedaran masyarakat terhadap ancaman jenayah siber yang semakin berleluasa.

Dikeluarkan Oleh :

UNIT PERHUBUNGAN AWAM

PEJABAT PESURUHJAYA POLIS

IBU PEJABAT POLIS

PASUKAN POLIS DIRAJA BRUNEI