BANDAR SERI BEGAWAN, Isnin, 29 Septmber 2025 – Bahagian Siasatan Jenayah Siber (BSJS) Pasukan Polis Diraja Brunei (PPDB) akan terus proaktif dalam menyebarkan maklumat mengenai kesedaran jenayah siber yang menular di negara ini. Salah satu inisiatif yang dilakukan adalah melalui taklimat yang diberikan kepada beberapa agensi kerajaan, agensi swasta dan sekolah-sekolah.

Baru-baru ini, BSJS telah dijemput bagi menyampaikan Taklimat Penipuan Dalam Talian bertempat di Kem Latihan Bakti Negara, Temburong. Taklimat itu berjaya disampaikan oleh Kopral 4747 Syalihen bin Haji Ludin, anggota BSJS, Jabatan Siasatan Jenayah kepada 36 orang peserta dari Program Jati Diri Kohort 9, yang merupakan penuntut daripada IBTE.

Satu lagi taklimat yang sama diadakan pada sebelah petang bertempat di Dewan Pahlawan, Berakas Garrison yang disampaikan oleh Ketua Inspektor Adinin bin Haji Ahmad, pegawai BSJS, Jabatan Siasatan Jenayah. Peserta-peserta yang hadir telah diberikan penekanan untuk tidak mengongsikan maklumat peribadi kemana-mana platform aplikasi media sosial dan sentiasa berwaspada dalam mengharungi era digital yang semakin canggih.

PPDB melalui BSJS akan terus mempergiatkan usaha-usaha pencegahan dengan memperluaskan lagi program kesedaran dan pendidikan kepada masyarakat. Inisiatif berterusan ini diharap dapat meningkatkan tahap kewaspadaan orang awam terhadap ancaman siber, sekali gus membantu mencegah serta mengurangkan risiko menjadi mangsa jenayah dalam talian demi menjaga keselamatan harta dan ketenteraman negara.

PENIPUAN ONLINE1.jpg
PENIPUAN ONLINE2.jpg

Dikeluarkan Oleh :

UNIT PERHUBUNGAN AWAM

PEJABAT PESURUHJAYA POLIS

IBU PEJABAT POLIS

PASUKAN POLIS DIRAJA BRUNEI