BRUNEI MUARA, Khamis, 14 Ogos 2025 – Perjumpaan di antara ahli-ahli Jawatankuasa Kerja Kebangsaan Antipemerdagangan Orang Negara Brunei Darussalam (NBD) yang terdiri daripada wakil Jabatan Perdana Menteri, Kementerian Hal Ehwal Luar Negeri, Kementerian Kesihatan, Pejabat Peguam Negara, Unit Siasatan Pemerdagangan Manusia Jabatan Siasatan Jenayah Pasukan Polis Diraja Brunei, Jabatan Kastam dan Eksais Diraja, Jabatan Buruh, Jabatan Imigresen dan Pendaftaran Kebangsaan, dan Jabatan Pembangunan Masyarakat bersama pihak Kongress Amerika Syarikat yang telah dipengerusikan oleh Yang Mulia Penolong Pesuruhjaya Polis Haji Azree bin Haji Abd Manaf, Pemangku Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah, Pasukan Polis Diraja Brunei selaku Pengerusi Jawatankuasa Kerja Antipemerdagangan Orang NBD.

Perjumpaan dengan pihak Kongress Amerika Syarikat ini diketuai oleh Puan Emma Bruce, Democratic Staff Director for The House Foreign Affairs Subcommittee on the Indo-Pacific dan Tuan Michael P. Macharg, Policy Advisor and Deputy Communications Director dengan disertai bersama pihak Kedutaan Amerika Syarikat di NBD.

Semasa sesi perjumpaan tersebut beberapa perkara telahpun dikongsikan antaranya adalah inisiatif, strategi, amalan terbaik termasuklah pemberigaan yang dilaksanakan oleh Jawatankuasa Kebangsaan Antipemerdagangan Orang NBD khususnya dalam membenteras jenayah pemerdagangan orang secara whole of nation approach.

HTUu 1.jpeg
HTUu 2.jpeg

Dikeluarkan Oleh :

UNIT PERHUBUNGAN AWAM

PEJABAT PESURUHJAYA POLIS

IBU PEJABAT POLIS

PASUKAN POLIS DIRAJA BRUNEI