BALAI POLIS MUARA, Pasukan Polis Diraja Brunei (PPDB) mengesahkan telah menerima laporan dari talian kecemasan 993 pada 10 Ogos 2025 sekitar jam 5.14 pagi mengenai penemuan seorang bayi perempuan yang masih hidup ditinggalkan di dalam jamban lelaki Pantai Taman Rekresi Tanjung Batu, Muara.
Mengikut keterangan saksi, selepas bersukan di Pantai Taman Rekresi Tanjung Batu, Muara Saksi ada mendengar bunyi suara kanak-kanak menangis di kawasan tandas awam lelaki.
Setelah di periksa mendapati ada seorang bayi perempuan disimpan atas sink dalam keadaan berkain hitam. Saksi segera menghubungi Polis talian 993.
Pihak Paramedik hadir, bayi tersebut segera dikejarkan ke Hospital Raja Isteri Pengiran Anak Saleha (RIPAS) bagi dijalankan pemeriksaan kesihatan.
Dalam pada itu, satu rakaman video juga telah tular di media sosial memaparkan keadaan bayi yang disimpan diatas sink yang sedang menangis diselimuti kain warna Hitam.
Pasukan Polis Diraja Brunei (PPDB) sedang menjalankan siasatan mengenai insiden ini dan memohon Kerjasama kepada orang ramai atau sebarang saksi yang mengetahui akan insiden ini agar dapat tampil bagi menyalurkan maklumat ke Unit Siasatan Jenayah Penderaan Wanita dan Kanak-Kanak, Jabatan Siasatan Jenayah di talian kecemasan 993 atau 2459500 ext 490 / 333.



Dikeluarkan Oleh :
UNIT PERHUBUNGAN AWAM
PEJABAT PESURUHJAYA POLIS
IBU PEJABAT POLIS
PASUKAN POLIS DIRAJA BRUNEI
