BANDAR SERI BEGAWAN, Sabtu 19 April 2025 – Dalam usaha mempertingkatkan kesedaran dan pengetahuan tentang jenayah pemerdagangan orang di Negara Brunei Darussalam, Unit Siasatan Pemerdagangan Manusia (USPM) dari Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ), Pasukan Polis Diraja Brunei (PPDB) telah mengadakakan taklimat mengenai Jenayah Pemerdagangan Orang (Trafficking in Persons) khususnya kepada Pegawai dan Anggota Keselamatan berserta pekerja-pekerja Hengyi Indutries Sdn Bhd di Pulau Muara Besar (PMB). 

Taklimat mengenai Jenayah Pemerdagangan Orang ini diadakan selama dua (02) hari berturut-turut iaitu pada 19 April 2025 dimana seramai tiga puluh (30) orang telah menghadiri taklimat tersebut yang terdiri daripada Pegawai dan Anggota Keselamatan PMB, PPDB termasuk agensi-agensi penguatkuasa undang-undang iaitu Jabatan Kastam dan Eksais Diraja (JKED), Jabatan Imigresen dan Pendaftaran Kebangsaan (JIPK), dan Setia Protective Security Services (SPSS) Sdn Bhd. Hari kedua akan diadakan pada 21 April 2025 dimana taklimat yang sama akan diberikan kepada pekerja-pekerja Hengyi Industries Sdn. Bhd di PMB. 

Objektif utama taklimat ini adalah bagi bertujuan untuk memberikan pengetahuan yang lebih dalam dan memahami secara lebih terperinci tentang elemen-elemen dan petunjuk-petunjuk di dalam penyiasatan jenayah pemerdagangan orang kepada pegawai barisan hadapan di PMB khususnya. Antara perkara yang dibentangkan dalam taklimat ini termasuk landmark cases dimana kes-kes pemerdagangan orang yang telah berjaya dihadapkan ke muka pengadilan yang memenuhi semua indikasi unsur pemerdagangan orang yang telah disiasat oleh Unit Siasatan Pemerdagangan Manusia semenjak 16 Ogos 2011 dimana tertubuhnya unit ini. 

Taklimat mengandungi topik utama mengenai Jenayah Pemerdagangan Orang telah disampaikan oleh Timbalan Penguasa Polis Hajah Anis @ Roszaffina binti Haji Ahmad, Ketua USPM, JSJ dan turut dibentangkan adalah memfokus kepada soalansoalan tentang elemen dan petunjuk jenayah pemerdagangan orang dalam case study yang disampaikan. 

Dikeluarkan Oleh : 

UNIT PERHUBUNGAN AWAM 

PEJABAT PESURUHJAYA POLIS 

IBU PEJABAT POLIS 

PASUKAN POLIS DIRAJA BRUNEI