DAERAH TEMBURONG, Jumaat 21 Februari  2025 – Pasukan Polis Diraja Brunei (PPDB) telah menyampaikan taklimat bertajuk “Penipuan Dalam Talian dan Jenayah Siber” dalam satu sesi yang di anjurkan oleh Program Khidmat Bakti Negara (PKBN) di Kem Latihan PKBN, Batu Apoi, daerah Temburong. Taklimat telah dihadiri oleh 367 orang pelatih dan 5 orang jurulatih.

Taklimat disampaikan oleh Ketua Inspektor Adinin bin Haji Ahmad, Pegawai Penyiasat Bahagian Siasatan Jenayah Siber (BSJS), Jabatan Siasatan Jenayah, PPDB.

Majlis ini adalah satu lagi inisiatif penting dalam meningkatkan kesedaran awam mengenai jenayah siber khususnya kepada belia-belia, selaras dengan komitmen Pasukan Polis Diraja Brunei (PPDB) untuk memerangi jenayah dan melindungi masyarakat melalui pendedahan serta pengetahuan langkah-langkah pencegahan.

Dikeluarkan Oleh :

UNIT PERHUBUNGAN AWAM

PEJABAT PESURUHJAYA POLIS

IBU PEJABAT POLIS

PASUKAN POLIS DIRAJA BRUNEI