BRUNEI-MUARA, KHAMIS, 1 OKTOBER 2026 – Pada Menjunjung Titah Perkenan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Omar Ali Saifuddien Sa’adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam, seramai sembilan orang pegawai Pasukan Polis Diraja Brunei (PPDB) telah dinaikkan pangkat ke Penolong Penguasa Polis, berkuatkuasa mulai 1 Oktober 2026.

Pegawai-pegawai yang dinaikkan pangkat terdiri daripada enam orang Ketua Inspektor, seorang Inspektor Kanan dan dua orang Inspektor.

Majlis kenaikan pangkat tersebut telah berlangsung di Dewan Bankuet, Mes Ibu Pejabat Polis Gadong, dengan dihadiri oleh Yang Mulia Dato Paduka Seri Awang Sulaiman bin Alidin, Pesuruhjaya Polis, PPDB, selaku Tetamu Kehormat, bersama Yang Mulia Datin Sabrina Aziemah binti Abdullah Chong, Yang Dipertua Yang Dipertua Perkumpulan Kebajikan Isteri & Keluarga Polis (PEKERTI).

Turut hadir ialah Yang Amat Mulia Pengiran Anak Dato Seri Pahlawan Haji Muhammad Saifullah bin Pengiran Indera Setia Diraja Sahibul Karib Pengiran Anak Haji Idris, Timbalan Pesuruhjaya Polis, PPDB, para Pengarah, Timbalan Pengarah dan pegawai-pegawai kanan PPDB serta ahli keluarga pegawai-pegawai yang diraikan.

Kenaikan pangkat ini mencerminkan perkembangan kerjaya pegawai-pegawai berkenaan dalam perkhidmatan kepolisan, di samping membawa amanah dan skop tugas yang lebih luas dalam meneruskan khidmat kepada pasukan dan negara.

Dikeluarkan Oleh :

UNIT PERHUBUNGAN AWAM

PEJABAT PESURUHJAYA POLIS

IBU PEJABAT POLIS

PASUKAN POLIS DIRAJA BRUNEI