BRUNEI-MUARA, SELASA, 29 September 2026 – Dalam usaha mempertingkatkan kesedaran dan inisiatif membenteras jenayah pemerdagangan orang di Negara Brunei Darussalam (NBD), Unit Siasatan Pemerdagangan Manusia (USPM) daripada Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ), Pasukan Polis Diraja Brunei (PPDB) telah memberikan taklimat jerayawara mengenai Jenayah Pemerdagangan Orang (Trafficking in Persons) kepada kakitangan Kedutaan Viet Nam di Negara Brunei Darussalam bertempat di Jalan Telanai, Bandar Seri Begawan pada 24 September 2026.


Objektif utama taklimat diadakan adalah untuk mendidik serta memberi kesedaran kepada peserta yang hadir tentang kaedah-kaedah dalam mengetahui mangsa yang berpotensi terlibat dalam jenayah pemerdagangan di negara ini. Kakitangan kedutaan adalah disarankan untuk sentiasa berwaspada dan mengenal pasti identiti individu yang mana berkemungkinan terjebak dan dieksploitasi untuk menjadi mangsa pemerdagangan manusia. Kerjasama pihak Kedutaan sebagai agensi yang berkepentingan adalah diperlukan untuk memainkan peranan serta mengatasi masalah pemerdagangan manusia dalam sama-sama membantu PPDB memerangi jenayah ini.
Dikeluarkan Oleh :
UNIT PERHUBUNGAN AWAM
PEJABAT PESURUHJAYA POLIS
IBU PEJABAT POLISPASUKAN POLIS DIRAJA BRUNEI
