Khamis, 20hb Ogos 2026 – Polis Marin (PolMar), Jabatan Gerakan, Pasukan Polis Diraja Brunei telah mengagalkan satu percubaan untuk membawa masuk barang yang tidak diisytiharkan melalui perairan negara.
Semasa menjalankan rondaan dan pemantauan di kawasan perairan Teluk Brunei, bot peronda PolMar telah mengesan sebuah perahu yang mencurigakan di sekitar kawasan perairan Pulau Chermin. Dalam usaha untuk menahan dan memeriksa, perahu tersebut berjaya dipintas setelah suspek bertindak mendaratkan perahunya ke tebing sungai di sekitar Kampong Sungai Besar sebelum melarikan diri ke darat.


Pemeriksaan keatas perahu tersebut mendapati membawa barangan tegahan iaitu rokok pelbagai jenis terdiri dari;
a. Rokok jenama Era Premium – 150 karton
b. Rokok jenama Era Black Menthol – 150 karton
c. Rokok jenama Grow Black Ice – 10 karton
d. Rokok jenama Win Mild – 2 karton
Kes ini disiasat di bawah seksyen 146(1)(d) Perintah Eksais 2006. Kesemua barang rampasan termasuk perahu diserahkan kepada Jabatan Kastam dan Eksais Diraja untuk siasatan dan tindakan lanjut.
Pasukan Polis Diraja Brunei (PPDB) akan terus mempertingkatkan rondaan dan pemantauan bagi memastikan perairan Negara bebas daripada sebarang kegiatan jenayah. PPDB menasihatkan orang ramai untuk tidak terlibat dalam sebarang kegiatan yang melanggar undang-undang Negara Brunei Darussalam serta menyeru orang ramai untuk melaporkan sebarang aktiviti mencurigakan atau pelanggaran undang-undang melalui talian Kecemasan 993 atau di mana-mana Balai Polis yang berdekatan.
Dikeluarkan Oleh :
UNIT PERHUBUNGAN AWAM
PEJABAT PESURUHJAYA POLIS
IBU PEJABAT POLIS
PASUKAN POLIS DIRAJA BRUNEI
