KUALA BELAIT, SABTU, 1 OGOS 2026 – Daerah Polis Belait, Pasukan Polis Diraja Brunei (PPDB), telah melaksanakan operasi penguatkuasaan bersepadu di dua lokasi berasingan di Daerah Belait, iaitu di Jalan Kuala Balai dan Jalan Pandan 5.
Operasi tersebut diketuai oleh Timbalan Penguasa Polis Mohd ‘Izzuddin Hanis bin Haji Md Salleh, Pegawai Jenayah Daerah (DCO), dan melibatkan seramai 59 pegawai dan anggota daripada PPDB, Bahagian Penguatkuasa Ugama (BPU), Jabatan Imigresen dan Pendaftaran Kebangsaan (JIPK), Jabatan Keselamatan Dalam Negeri (JKDN), Biro Kawalan Narkotik (BKN) serta Jabatan Kastam dan Eksais Diraja (JKED).
Hasil operasi berkenaan, pihak BKN telah menahan dua orang lelaki yang disyaki terlibat dalam penyalahgunaan dadah. Sementara itu, pihak JKED telah mengesan 14 kesalahan dimana 12 individu telah dipercayai memiliki barang tegahan, iaitu 73 paket rokok pelbagai jenama dan satu unit vape.




PPDB akan terus memperkukuhkan kerjasama strategik bersama agensi-agensi penguatkuasaan bagi membanteras aktiviti yang menyalahi undang-undang. Orang ramai juga diseru untuk menyalurkan sebarang maklumat berkaitan kegiatan mencurigakan kepada pihak berkuasa.
Dikeluarkan Oleh :
UNIT PERHUBUNGAN AWAM
PEJABAT PESURUHJAYA POLIS
IBU PEJABAT POLIS
PASUKAN POLIS DIRAJA BRUNEI
