BRUNEI-MUARA, SABTU, 1 OGOS 2026 – Dalam usaha mempertingkatkan kesedaran dan inisiatif membanteras jenayah pemerdagangan orang di Negara Brunei Darussalam (NBD), Unit Siasatan Pemerdagangan Manusia (USPM) daripada Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ), Pasukan Polis Diraja Brunei (PPDB), telah memberikan taklimat jerayawara mengenai Jenayah Pemerdagangan Orang (Trafficking in Persons) pada Khamis lalu kepada petugas barisan hadapan yang terdiri daripada pegawai dan kakitangan Heng Yi Industries Sdn Bhd, bertempat di Pulau Muara Besar.

Objektif utama taklimat ini adalah untuk mendidik dan meningkatkan kesedaran peserta mengenai cara mengenal pasti mangsa berpotensi jenayah pemerdagangan orang. Pegawai dan kakitangan barisan hadapan digalakkan sentiasa peka dan berwaspada terhadap individu yang berisiko dieksploitasi atau terjebak sebagai mangsa pemerdagangan manusia. Kerjasama erat antara agensi berkepentingan amat penting bagi membantu PPDB memerangi jenayah ini dengan lebih berkesan.

Dikeluarkan Oleh :

UNIT PERHUBUNGAN AWAM

PEJABAT PESURUHJAYA POLIS

IBU PEJABAT POLIS

PASUKAN POLIS DIRAJA BRUNEI