BRUNEI MUARA, SELASA, 6 OKTOBER 2026 – Ahli-ahli Pengawasan Kejiranan (PK) Balai Polis Bandar Seri Begawan telah menjalankan rondaan pencegahan jenayah bersama penghulu dan ketua-ketua kampung. Rondaan seramai 15 orang dijalankan di sekitar Pusat Bandar, Kampung Telanai dan Kampung Beribi diketuai oleh Inspektor Kanan Mohd Hazizul bin Hj Abdul Halim. 

Selain memantau keselamatan kawasan kampung, premis perniagaan dan kemudahan awam, rondaan ini turut menjadi ruang untuk pihak polis mendekati masyarakat dan mengeratkan hubungan dengan penduduk setempat.

Keselamatan dan kesejahteraan masyarakat merupakan tanggungjawab bersama yang memerlukan penglibatan aktif setiap lapisan masyarakat. Pasukan Polis Diraja Brunei akan terus memperkukuh hubungan dengan ketua-ketua kampung serta penduduk setempat melalui program PK. Orang ramai juga digalakkan untuk sentiasa peka terhadap keadaan sekeliling dan segera menyalurkan maklumat mengenai sebarang kegiatan yang mencurigakan kepada pihak polis.

Dikeluarkan Oleh :

UNIT PERHUBUNGAN AWAM

PEJABAT PESURUHJAYA POLIS

IBU PEJABAT POLIS

PASUKAN POLIS DIRAJA BRUNEI