BANDAR SERI BEGAWAN, JUMAAT, 9 OKTOBER 2026 – Berikutan video tular di media sosial yang memaparkan pegawai-pegawai Pasukan Polis Diraja Brunei (PPDB), PPDB ingin memaklumkan bahawa video tersebut adalah palsu dan dihasilkan menggunakan teknologi kecerdasan buatan (AI).
Video-video tersebut dimuat naik melalui dua akaun TikTok dan telah ditonton oleh ramai pengguna media sosial. Orang ramai juga diingatkan agar berwaspada terhadap video seumpamanya yang mungkin tersebar di platform media sosial lain seperti Facebook dan Instagram, serta aplikasi pesanan seperti WhatsApp dan Telegram.
Orang ramai dinasihatkan agar tidak mudah mempercayai, menyebarkan atau berkongsi kandungan sedemikian, serta merujuk saluran rasmi PPDB bagi mendapatkan maklumat yang sahih. Sekiranya ragu-ragu, orang ramai boleh menghubungi Anti-Scam Helpline (ASH) di talian 16993. Sebarang maklumat berkaitan juga boleh disalurkan dengan menghubungi talian 993.

Dikeluarkan Oleh :
UNIT PERHUBUNGAN AWAM
PEJABAT PESURUHJAYA POLIS
IBU PEJABAT POLIS
PASUKAN POLIS DIRAJA BRUNEI
