TUTONG, KHAMIS, 15 OKTOBER 2026 – Seramai 20 orang pelajar latihan industri Politeknik Brunei telah mengadakan lawatan sambil belajar ke Daerah Polis Tutong, Pasukan Polis Diraja Brunei (PPDB), pada 7 Oktober 2026 lalu.
Lawatan tersebut disambut oleh Pegawai Pemerintah Daerah Polis Tutong, Penguasa Polis Haji Irham bin Haji Muhd Arshad, bersama pegawai dan anggota Daerah Polis Tutong.
Sepanjang lawatan, para pelajar telah diberikan taklimat mengenai kesedaran dan pencegahan jenayah serta dibawa melawat Balai Polis Tutong dan Balai Polis Lamunin. Mereka turut berpeluang menyaksikan simulasi penyiasatan jenayah, demonstrasi taktik kontak, pameran Unit Bantu Tempat Kejadian (DCSSU), Pengawasan Kejiranan, kenderaan dan motosikal polis serta persembahan kawad kaki.





Program diakhiri dengan sesi perkongsian mengenai pengetahuan dan pengalaman yang diperoleh sepanjang lawatan.
Lawatan ini bertujuan untuk memberikan pendedahan kepada para pelajar mengenai peranan dan tanggungjawab PPDB dalam menjaga keamanan, keselamatan dan ketenteraman awam, di samping mengeratkan hubungan antara pihak polis dengan institusi pendidikan dan masyarakat.
Dikeluarkan Oleh :
UNIT PERHUBUNGAN AWAM
PEJABAT PESURUHJAYA POLIS
IBU PEJABAT POLIS
PASUKAN POLIS DIRAJA BRUNEI
