Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Skip Navigation LinksSkuad Polis Berbasikal


PELANCARAN SKUAD BERBASIKAL PASUKAN POLIS DIRAJA BRUNEI

Skuad Polis berbasikal Balai Polis Pusat Bandar Seri Begawan Daerah Polis Brunei Muara Pasukan Polis Diraja Brunei (PPDB) telah dilancarkan pada 29 Zulkaedah 1439 Hijrah bersamaan 11 Ogos 2018 Masehi bertempat di Taman Mahkota Jubli Emas, Bandar Seri Begawan.


Dato Jammy.JPG 


Hadir selaku tetamu kehormat dan seterusnya merasmikan majlis pelancaran tersebut ialah Pesuruhjaya Polis, Dato Paduka Seri Haji Mohd Jammy bin Haji Muhd Shah Al Islam.


Pelancaran SPB 1.JPG


Skuad Polis Berbasikal ini adalah inisiatif untuk menghidupkan semula peronda berbasikal tersebut antara lain bertujuan untuk mencegah jenayah serta menjadi duta kepada pelancong-pelancong asing yang memerlukan bantuan maklumat.

Dengan adanya skuad ini, ia akan dapat meningkatkan keselamatan awam. Di samping itu juga, orang ramai akan lebih merasa selesa kerana ia lebih mudah untuk ditemui semasa menggunakan basikal berbanding dengan kenderaan.


DSC_8316.JPG


Skuad ini merangkumi lapan (8) anggota polis yang akan menjalankan tugas mereka selama 24 jam secara bergilir dan akan meronda di Taman Mahkota Jubli Emas bagi meningkatkan lagi keselamatan di kawasan Bandar Seri Begawan.

Antara jalan yang dironda termasuk Jalan Masjid Omar 'Ali Saifuddien, Jalan McArthur, Jalan Residency, Jalan Kianggeh, Jalan Bendahara, Jalan Sultan Omar 'Ali Saifuddien, Jalan James Pearce dan Taman Mahkota Jubli Emas.