Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Skip Navigation LinksBerita

  
  
  
26/11/2025 18:10

​MUARA, Isnin, 24 November 2025 – Majlis Pembukaan Rasmi Eksesais Sembilang Siri 18/25 telah diadakan di Ibu Pejabat Polis Marin (POLMAR) Pasukan Polis Diraja Brunei (PPDB). Majlis tersebut menandakan permulaan eksesais atau Latihan dua hala antara PPDB dan Tentera Laut Diraja Brunei (TLDB) yang dikendalikan selama empat hari bermula pada hari Isnin, 24 November 2025 sehingga hari Khamis, 27 November 2025.

SEMBILANG.jpg

  
24/11/2025 08:41

GADONG, Jumaat 21 November 2025 - Perkumpulan Kebajikan Isteri dan Keluarga Polis (PEKERTI) mengadakan Ceramah Khas yang bertempat di Dewan BankuetMes, Ibu Pejabat Polis Gadong.

Hadir selaku tetamu kehormat bagi majlis tersebut adalah Yang Mulia Datin Sabrina Aziemah binti Abdullah Chong, Isteri kepada Pesuruhjaya Polis, Pasukan Polis Diraja Brunei (PPDB), selaku Yang Di-Pertua PEKERTI.


CERAMAH PEKERTI 1.jpg

  
19/11/2025 18:29

BERAKAS, Isnin 17 November 2025 – Satu aktiviti sosial Pengawasan Kejiranan (PK) iaitu Riadah Walkathon anjuran Unit PK Balai Polis Berakas telah diadakan pada hari Isnin, 17 November 2025, jam 8 pagi bertempat di Kawasan Concourse Stadium Negara Hassanal Bolkiah, Berakas.


riadah pk bks 3.jpg

  
18/11/2025 09:00

​BANDAR SERI BEGAWAN, Sabtu, 15 November 2025 – Bahagian Siasatan Jenayah Siber (BSJS), Jabatan Siasatan Jenayah telah dijemput oleh Sekolah Rendah Datu Mahawangsa Kluster 3, Lambak bagi menyampaikan taklimat mengenai dengan keselamatan dalam talian.


taklimat scam 1.jpg

  
18/11/2025 08:53

​TEMBURONG, Sabtu, 15 November 2025 – Satu operasi telah dijalankan oleh pegawai dan anggota Daerah Polis Temburong, Pasukan Polis Diraja Brunei (PPDB) sejurus menemui sebuah kenderaan mencurigakan di kawasan Kampong Negalang, Temburong.

teggahan.jpg

  
15/11/2025 10:48

Bandar Seri Begawan, Rabu, 12 November 2025 – Bahagian Siasatan Jenayah Siber (BSJS), Jabatan Siasatan Jenayah telah diundang oleh Sekolah Menengah Masin, Kampung Masin bagi menyampaikan taklimat keselamatan dalam talian. 

PHOTO-2025-11-15-10-34-26.jpg

  
15/11/2025 10:42

Bangkok, Thailand, 12 November 2025 – Bengkel Penyebaran bagi Buku Panduan Kerjasama Perundangan Antarabangsa ASEAN (ILC) dan Kompendium ILC ASEAN telah berlangsung pada 12 November 2025 di Bangkok, Thailand.

PHOTO-2025-11-15-10-34-24.jpg

  
13/11/2025 07:51

GADONG, Rabu, 12 November 2025 – Pada menjunjung Titah Perkenan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam, seramai 15 orang pegawai Pasukan Polis Diraja Brunei (PPDB) berpangkat Inspektor Percubaan telah diperkenankan untuk ditetapkan pangkat sebagai Inspektor berkuat kuasa mulai 10 November 2025. 

PHOTO-2025-11-12-18-56-00 2.jpg

  
13/11/2025 07:44

Belait, Isnin, 10 November 2025 – Bahagian Siasatan Jenayah Siber (BSJS) Pasukan Polis Diraja Brunei (PPDB) telah dijemput oleh Syarikat BLNG Lumut bagi menyampaikan taklimat bertajuk Penipuan Dalam Talian.

PHOTO-2025-11-12-18-56-02.jpg

  
11/11/2025 12:13

TEMBURONG, SABTU, 08 November – Pasukan Simpanan Polis ‘C’ Kompeni (B) dinobatkan sebagai juara Kejohanan Bola Sepak “7-A-Side” Cawangan C1 Tahun 2025 selepas menewaskan Pasukan Daerah Polis Temburong (A) dengan jaringan 3-1 di Kompleks Sukan Batu Apoi.

PHOTO-2025-11-11-09-17-39.jpg

  
11/11/2025 12:05

BANDAR SERI BEGAWAN, Khamis, 06 November – Unit Siasatan Pemerdagangan Manusia (USPM), Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ), Pasukan Polis Diraja Brunei (PPDB) telah berjaya membawa ke muka pengadilan satu kes melibatkan penipuan dan eksploitasi pekerja asing melalui buruh paksa di Negara Brunei Darussalam.

PHOTO-2025-11-11-09-17-40.jpg

  
07/11/2025 15:33

BRUNEI-MUARA, Rabu, 05 November 2025  Dalam usaha mempertingkatkan kesedaran dan inisiatif membenteras jenayah pemerdagangan orang di Negara Brunei Darussalam (NBD), Unit Siasatan Pemerdagangan Manusia (USPM) daripada Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ), Pasukan Polis Diraja Brunei (PPDB) telah memberikan taklimat mengenai Jenayah Pemerdagangan Orang (Trafficking in Persons) kepada tujuh puluh lima (75) orang petugas barisan hadapan yang terdiri daripada pegawai-pegawai dan kakitangan di Muara Port Company (MPC) Sdn. Bhd.

WhatsApp Image 2025-11-06 at 2.11.04 PM.jpeg

  
07/11/2025 15:29

Bandar Seri Begawan, Selasa, 04 November – Satu Operasi Sepadu yang diketuai oleh Pasukan Polis Diraja Brunei (PPDB) yang melibatkan pegawai dan anggota daripada Daerah Polis Brunei Muara dengan kerjasama daripada Bahagian Penguatkuasa Undang-Undang, Jabatan Kastam dan Eksais Diraja (JKED), telah dilaksanakan pada kira-kira jam 7 malam bertempat di sebuah kediaman di Kampung Bengkurong. 

WhatsApp Image 2025-11-06 at 2.11.47 PM.jpeg

  
07/11/2025 15:14

Bandar Seri Begawan & Kuala Belait, 04 – 05 November 2025 – Pasukan Polis Diraja Brunei (PPDB) melalui Bahagian Siasatan Jenayah Siber (BSJS), Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) terus komited dalam meningkatkan kesedaran mengenai ancaman jenayah siber kepada pelbagai lapisan masyarakat melalui program taklimat dan sesi penerangan yang dijalankan secara berterusan di seluruh negara.

WhatsApp Image 2025-11-06 at 2.11.06 PM.jpeg

  
02/11/2025 21:24

JAKARTA, Jumaat, 31 Oktober 2025 – Delegasi Negara Brunei Darussalam (NBD) terdiri daripada wakil dari Jabatan Imigresen dan Pendaftaran Kebangsaan dan Unit Siasatan Pemerdagangan Manusia, Jabatan Siasatan Jenayah, Pasukan Polis Diraja Brunei (PPDB) telah menghadiri Regional Consultation Workshops on Strengthening the Non-Punishment Principle in Trafficking in Person (TIP) Cases of Forced Criminality di Jakarta, Indonesia.

WhatsApp Image 2025-11-02 at 3.08.29 PM.jpeg

  
02/11/2025 20:49

BANDAR SERI BEGAWAN, Selasa 28 Oktober 2025 – Bahagian Siasatan Jenayah Siber (BSJS), Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) telah menyampaikan taklimat khusus mengenai Penipuan Dalam Talian kepada kakitangan Jabatan Belia dan Sukan. 

WhatsApp Image 2025-11-02 at 3.08.28 PM.jpeg

  
24/10/2025 09:22

TEMBURONG, Selasa 21 Oktober 2025 – Pasukan Polis Diraja Brunei (PPDB) telah menerima maklumat berhubung dua buah kenderaan yang mencurigakan dan dipercayai membawa barang-barang tegahan di kawasan Kg. Tanjung Bungar.

SELUDUPP TEMB 5.jpg

  
24/10/2025 09:11

​BANDAR SERI BEGAWAN, Isnin, 20 Oktober 2025 – Pasukan Polis Diraja Brunei (PPDB) telah memberikan taklimat “Penipuan dalam talian” bagi Penjawat Awam, Kementerian Sumber-Sumber Utama dan Pelancongan sebagai salah satu taklimat bagi Program Induksi Perkhidmatan Awam, di Institut Perkhidmatan Awam, Kampung Rimba.

Taklimat Jenayah IPA.jpg

  
19/10/2025 18:30

Makati City, Republik Filipina, Selasa 7 Oktober 2025 - The 3rd Regional Meeting of Southeast Asian Committees Against Trafficking in Persons telah berlangsung pada 7 hingga 9 Oktober 2025 di Makati City, Republik Filipina. Negara Brunei Darussalam (NBD) diwakili oleh Penolong Pesuruhjaya Polis (ACP) Haji Azree bin Haji Abd Manaf, Pemangku Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ), Pasukan Polis Diraja Brunei (PPDB) selaku Pengerusi Jawatankuasa Kerja bagi Anti-Pemerdagangan Orang (JKKAPO). Mesyuarat telah dipengerusikan oleh Tuan Yang Terutama Undersecretary Nicholas Felix Lopez Ty, the Undersecretary in Charge of the IACAT dengan disertai oleh negara-negara ASEAN.

human traffkimng.jpg

  
19/10/2025 18:18

​TUTONG, Jumaat, 17 Oktober 2025 – Pasukan Polis Diraja Brunei (PPDB) mengesahkan telah menerima laporan melalui talian kecemasan 993 mengenai penemuan seorang bayi perempuan yang telah ditinggalkan dikawasan Sekolah Ugama Pengiran Anak Puteri Fadzilah Lubabul Bolkiah, Kg. Kupang, Tutong, sekitar jam10 pagi pada 17 Oktober 2025.

penemuan Bayi.jpg

1 - 20Next