Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Skip Navigation LinksJabatan Perisikan Jenayah

​​PENGENALAN

Penubuhan Jabatan Perisikan Jenayah adalah di atas titah perkenan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di Pertuan Negara Brunei Darussalam selaku Inspector General Pasukan Polis Diraja Brunei bersempena sambutan Hari Polis yang ke-85 pada tahun 2006.

 

SEJARAH RINGKAS


Tahun 1950an                        

  • Tugas perisikan telah wujud dalam PPDB dan dikenali dengan nama Cawangan Khas atau Special Branch (SB).

 

Tahun 1975 – 1979                

  • Jabatan Keselamatan dan Perisik atau Department of Security and Intelligence (DSI).

 

1 November 1979                  

  • DSI dibubarkan manakala SB ditubuhkan semula.

 

1 November 1993      

  • SB dibubarkan dari PDB berikutan tertubuhnya sebuah jabatan baru iaitu Jabatan Keselamatan Dalam Negeri (JKDN). 
  • Sebahagian besar anggota polis SB turut diserapkan dalam JKDN.

 

Januari 1994   

  • Ditubuhkan Jabatan Perisikan dan Penyelidikan Jenayah (JPPJ) atau Criminal Intelligence and Research (CIR).

 

Tahun 1997    

  • JPPJ (CIR) ditukar kepada Cawangan Perisikan dan Penyelidikan Jenayah (CPPJ) di bawah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ).


1 Januari 2006 

  • Titah perkenan KDYMM selaku Inspector General PPDB bersempena Sambutan Hari Polis yang ke-85 pada tahun 2006, CPPJ dijadikan sebuah Jabatan yang dikenali sehingga kini sebagai Jabatan Perisikan Jenayah (JPJ) atau Department of Criminal Intelligence (DCI).

 

MISI

  • Intelligence Led Policing
  • Penyebaran dan pertukaran maklumat
  • Bantuan teknikal
  • Perkembangan sumber manusia
  • Jaringan kerjasama masyarakat
  • Khidmat pas keselamatan dan gambar

 

VISI

Mempertingkat tahap profesionalisma JPJ dengan mempraktikkan strategi Intelligence-Led Policing (ILP) 

  • Mencegah, Mengesan & Mencegah Jenayah

 

 

PERANAN

  • Menjadi sumber maklumat tepat dan terkini dalam pengumpulan, penyediaan dan perkongsian laporan jenayah (HUMINT – human intelligence).
  • Kerjasama dengan jabatan-jabatan dalam Pasukan dan balai-balai polis.​
  • Penglibatan JPJ dalam operasi-operasi yang dijalankan oleh jabatan lain seperti JSJ dan agensi penguatkuasaan luar contohnya BKN, Kastam, Imigresen, dsb.
  • Penyaluran maklumat antara JPJ dan semua unit dalam PDB serta agensi kerajaan lainnya secara berterusan terutama di kalangan agensi perisikan (intel community).
  • Mengeluarkan kertas-kertas kerja mengenai kes-kes jenayah perlu perhatian dan tindakan khusus Pasukan berdasarkan analisis perangkaan kes dan maklumat risikan.
  • Bekerjasama erat dengan agensi lain dalam pertukaran maklumat. Contoh: isu pengganasan – aktiviti mengumpul dana secara langsung dan tidak langsung.

 

HUBUNGI KAMI​

Emel : registry.dci@police.gov.bn