PENDAFTAR PERTUBUHAN
PENGENALAN
Pendaftar Pertubuhan atau Registrar of Societies ringkasnya RoS merupakan sebuah unit di bawah Jabatan Perisikan Jenayah yang mengendalikan dan menguruskan pendaftaran semua pertubuhan yang berdaftar di bawah Akta Pertubuhan, (Penggal 203) di Negara Brunei Darussalam.
VISI
Menjadi sebuah pejabat pengurusan pertubuhan-pertubuhan berdaftar profesional sejajar dengan visi pasukan Polis Diraja Brunei.
MISI
Memastikan pertumbuhan dan perkembangan pertubuhan-pertubuhan berdaftar dalam keadaan teratur dan sihat dengan mematuhi peraturan-peraturan dan dasar-dasar kerajaan.
SIAPA PENDAFTAR PERTUBUHAN [REGISTRAR of SOCIETIES]
Semenjak 1968 sehingga kini Pesuruhjaya Polis dilantik sebagai Pendaftar Pertubuhan.
UNDANG-UNDANG YANG DIGUNAKAN
Akta Pertubuhan, (Penggal 203) [Societies Act, (Chapter 203)]
“Satu Akta yang berhubungkait dengan pertubuhan dan perkara-perkara yang berkaitan dengan pertubuhan" [“An Act relating to societies and for matters connected therewith or incidental thereto"]
SEJARAH PENDAFTAR PERTUBUHAN
Kerajaan Brunei dengan Kerajaan British telah menandatangani satu perjanjian pada 17 September 1888 yang digelar Treaty of Protection atau The Protectorate Agreement 1888. Di bawah perjanjian ini status Brunei berubah menjadi Negeri Naungan British atau British Protectorate State. Dengan perjanjian ini juga, Britain antara lain, telah mengambil alih tanggungjawab urusan luar negeri Brunei. Sebagai imbalannya, Brunei menerima perlindungan Britain dari serangan kuasa-kuasa asing yang lain. Dua perjanjian tambahan yang digelar Supplementary Protectorate Agreement telah ditandatangani di antara kedua-dua buah Kerajaan, masing-masing pada 31 Disember 1905 dan 3 Januari 1906. Di bawah dua perjanjian tambahan ini pihak Kerajaan British telah mengambil alih urusan pentadbiran dalam negeri Brunei kecuali urusan-urusan Ugama Islam dan adat istiadat.
Bagi memperkemas urusan pentadbiran dalam negeri Brunei, Kerajaan British telah memperkenalkan banyak undang-undang dan peraturan-peraturan secara berperingkat.
Dalam proses ini Kerajaan British, antara lain, telah memperkenalkan satu undang-undang yang digelar Enakmen Pertubuhan atau Societies Enactment. Undang-undang ini diperkenalkan bagi memantau dan mengawal aktiviti semua pertubuhan yang ditubuhkan di negara ini. Ia mula digunakan dalam tahun 1933 dengan perlantikan dua orang Pendaftar Pertubuhan iaitu Penolong Residen sebagai Pendaftar Pertubuhan bagi Daerah Belait dan “Chief of Police Officer" bagi Daerah Brunei. Mulai dari tahun 1968, Kerajaan telah melantik Pesuruhjaya Polis Diraja Brunei sebagai Pendaftar Pertubuhan bagi Negara Brunei Darussalam.
Societies Enactment sebenarnya mula-mula sekali diperkenalkan oleh pihak British di Negeri-Negeri Melayu Bersekutu atau Federated Malay States pada tahun 1899. Semasa zaman pemerintahan British di negeri-negeri tersebut, pihak British menggalakkan kedatangan penghijrah-penghijrah dari Negara China bagi berkerja di lombong-lombong bijih timah. Di samping memberi sumbangan positif dari segi ekonomi, kedatangan penghijrah-penghijrah ini yang semakin besar jumlahnya telah juga menimbulkan banyak masalah sosial dan jenayah dengan terbentuknya kumpulan-kumpulan yang digelar kongsi gelap atau Triad Societies di kalangan anggota masyarakat berkenaan. Societies Enactment diperkenalkan sebagai usaha membendung aktiviti-aktiviti tersebut.
Brunei, pada waktu yang sama, adalah sebuah negeri di bawah naungan British. Pihak Kerajaan British memperkenalkan undang-undang yang sama di negara ini sebagai langkah berjaga-jaga bagi mepastikan masalah-masalah yang sama tidak berlaku di sini. Pertubuhan pertama yang berdaftar di bawah Enakmen tersebut ialah Chinese Chamber of Commerce atau Dewan Perniagaan Tionghua. Undang-undang tersebut digubal semula dalam tahun 1948 dan digelar Societies Enactment (Chapter 66) atau Enakmen Pertubuhan (Penggal 66). Sesuai dengan status negara ini yang telah mencapai semula kemerdekaannya, ia telah disemak semula sekali lagi dalam tahun 1984 dan dikenali sebagai Societies Act (Chapter 66) atau Akta Pertubuhan (Penggal 66). Setelah penggunaannya selama 20 tahun dan sesuai dengan keperluan semasa, undang-undang tersebut telah disemak semula sekali lagi dalam tahun 2005 dan dikenali sebagai Societies Order, 2005 atau Perintah Pertubuhan, 2005. Pada tahun 2010, ia disemak lagi dan dikenali sebagai Akta Pertubuhan, (Penggal 203).
HISTORY OF REGISTRY OF SOCIETIES
The Brunei and British Governments entered into an agreement on 17 September 1888 called the Treaty of Protection or the Protectorate Agreement 1888. Under this agreement Brunei became a British Protectorate and with that status Britain has effectively taken over the external affairs of the state. In return, Brunei enjoyed British protection from attacks by foreign powers. The two governments signed two Supplementary Protectorate Agreements on 31 December 1905 and 03 January 1906 respectively. Under these two supplementary agreements, the British Government has taken over the internal affairs of Brunei except those concerning the Islamic religion and local customs.
In their efforts to modernize the administration of Brunei, the British authority has introduced many laws and regulations in stages. In the process, the British Government, among others, has introduced a law known as the Societies Enactment. The purpose of its introduction was to regulate the activities of all societies established in the country. The enactment was introduced in 1933 with the appointment of two Registrars of Societies namely the Assistant British Resident as the Registrar of Societies for Belait District and the Chief of Police Officer as the Registrar of Societies for Brunei District respectively. In 1968, the Government has appointed the Commissioner of Police as the Registrar of Societies for the whole of Brunei Darussalam.
The Societies Enactment was first introduced by the British in the Federated Malay States in 1899. During their rule of the states, the British has encouraged the immigration of workers from China to work in tin mines. Apart from the positive contribution to the economy, the increasing number of these immigrants has also created social problems with the formation of triad societies within the communities. The Societies Enactment was introduced to contain such unlawful activities.
The Societies Enactment was introduced in Brunei by the British Government as a precautionary measure to ensure that the same problems would not happen in the country. The first society to be registered under the said enactment was the Chinese Chamber of Commerce. The enactment was revised in 1948 and called The Societies Enactment (Chapter 66). Brunei regained its independence from the British in 1984 and in concurrence with the new status; the government has revised the enactment and called it the Societies Act (Chapter 66). Twenty years later, it was revised again and called the Societies Order, 2005. In 2010, the act was altered again and was called Societies Act (Cap 203).