Orang ramai diingatkan supaya lebih berhati-hati dan pastikan mesin ATM tidak ada sebarang peranti mencurigakan seperti “skimming” yang boleh dipasang oleh pihak tidak bertanggungjawab untuk mencuri maklumat kad bank. Sila periksa slot kad dan papan kekunci ATM sebelum digunakan, dan segera laporkan sebarang kejanggalan kepada pihak bank atau polis di talian kecemasan 993.