Berwaspada terhadap penipuan akaun palsu yang menyamar sebagai Talian Bantuan Anti-Penipuan.

Orang awam dinasihatkan untuk sentiasa berhati-hati terhadap akaun yang mendakwa mewakili atau mempunyai kaitan dengan Pasukan Polis Diraja Brunei.

Setakat ini, Pusat Anti-Penipuan hanya boleh dihubungi melalui nombor talian 16993.

Elakkan dari memberi sebarangan maklumat peribadi yang boleh melibatkan risiko penyalahgunaan oleh pihak yang tidak bertanggungjawab.