BANDAR SERI BEGAWAN, RABU, 11 NOVEMBER 2026 – Pasukan Polis Diraja Brunei (PPDB) ingin memaklumkan bahawa satu laporan polis telah diterima berhubung satu kejadian kekecohan yang tular di media sosial semasa perlawanan futsal antara Pasukan Daerah Brunei-Muara dan Pasukan Daerah Belait bersempena Sukan Kebangsaan Brunei Darussalam di Stadium Tertutup, Kompleks Sukan Negara Hassanal Bolkiah.
Hasil laporan polis tersebut, siasatan awal telah dikendalikan dimana beberapa individu yang disyaki terlibat telah dikenal pasti dan diambil keterangan mereka. Siasatan lanjut sedang dijalankan bagi menentukan punca dan fakta kejadian sebenar, termasuk meneliti semua bahan bukti yang diperolehi.
Sehubungan itu, orang ramai dinasihatkan agar tidak membuat sebarang spekulasi atau menyebarkan maklumat yang belum disahkan sementara siasatan masih dijalankan.
PPDB juga mengingatkan orang ramai supaya sentiasa menjaga ketenteraman awam dan mengawal tingkah laku masing-masing, khususnya semasa menghadiri acara dan aktiviti sukan.

Dikeluarkan Oleh :
UNIT PERHUBUNGAN AWAM
PEJABAT PESURUHJAYA POLIS
IBU PEJABAT POLIS
PASUKAN POLIS DIRAJA BRUNEI
