KUALA BELAIT, KHAMIS, 15 OKTOBER 2026 – Daerah Polis Belait, Pasukan Polis Diraja Brunei (PPDB) telah mengadakan Sesi Muzakarah bersama Penghulu-Penghulu Mukim dan Ketua-Ketua Kampung Daerah Belait di Bilik Gerakan, Ibu Pejabat Daerah Polis Belait.

Sesi tersebut dihadiri oleh Pegawai Pemerintah Daerah Polis Belait, Penguasa Polis Pg Abu Naba’a bin Pg Hj Yusof, bersama pegawai-pegawai kanan, pegawai dan anggota Daerah Polis Belait, serta Penghulu-Penghulu Mukim dan Ketua-Ketua Kampung dari beberapa kawasan di Daerah Belait.

Sesi muzakarah ini bertujuan mengeratkan hubungan kerjasama antara pihak polis dengan pemimpin akar umbi, selain menjadi wadah perkongsian maklumat serta perbincangan mengenai isu keselamatan, ketenteraman awam dan kesejahteraan masyarakat setempat.

Melalui sesi seumpama ini, komunikasi dua hala antara pihak polis dengan pemimpin akar umbi diharap dapat terus diperkukuh bagi meningkatkan kesedaran masyarakat terhadap aspek keselamatan serta menyokong usaha pencegahan jenayah di Daerah Belait.

Dikeluarkan Oleh :

UNIT PERHUBUNGAN AWAM

PEJABAT PESURUHJAYA POLIS

IBU PEJABAT POLIS

PASUKAN POLIS DIRAJA BRUNEI