GADONG, Isnin 18 Okt 2021 – Kegiatan tidak bermoral terbongkar dalam satu serbuan yang dijalankan oleh keanggotaan Unit Siasatan Penumpasan Perjudian dan Pencegahan Maksiat, Jabatan Siasatan Jenayah, Pasukan Polis Diraja Brunei (PPDB) pada petang 18 Oktober 2021. 

Semasa serbuan tersebut, seorang wanita warga tempatan berumur 39 tahun telah ditahan di dalam sebuah bilik penginapan di kawasan Gadong dipercayai terlibat menawarkan kegiatan khidmat seks. 

Turut ditemukan semasa serbuan tersebut beberapa bahan bukti seperti kepingan kondom serta wang tunai di lokasi tempat kejadian dipercayai hasil daripada aktiviti tidak bermoral berkenaan. 

Suspek beserta bahan bukti dirampas dan dibawa ke Jabatan Siasatan Jenayah untuk dijalankan siasatan lanjut. Kes disiasat di bawah Seksyen 294A Kesalahan Menawarkan Khidmat Seks, Kanun Hukuman jenayah Penggal 22.

Dikeluarkan oleh :

UNIT PERHUBUNGAN AWAM

PEJABAT PESURUHJAYA POLIS

PASUKAN POLIS DIRAJA BRUNEI