BRUNEI MUARA, ISNIN, 31 OGOS 2026 – Unit Siasatan Penumpasan Perjudian dan Pencegahan Maksiat (USPPPM), Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ), Pasukan Polis Diraja Brunei (PPDB) telah menjalankan serbuan di sebuah hotel di kawasan Kampong Pengkalan Gadong pada hari Sabtu lalu.
Hasil serbuan tersebut, seorang wanita warganegara asing berumur 33 tahun telah ditahan kerana disyaki terlibat dalam kegiatan tidak bermoral. Suspek bersama bahan-bahan bukti telah dibawa ke JSJ bagi menjalani siasatan dan tindakan lanjut.



Kes tersebut sedang disiasat di bawah Seksyen 294A, Kanun Hukuman Jenayah, Penggal 22.
Operasi seumpama ini akan terus dilaksanakan dari semasa ke semasa bagi memastikan premis-premis penginapan tidak disalahgunakan sebagai tempat menjalankan kegiatan yang melanggar undang-undang serta memelihara ketenteraman masyarakat.
Dikeluarkan Oleh :
UNIT PERHUBUNGAN AWAM
PEJABAT PESURUHJAYA POLIS
IBU PEJABAT POLIS
PASUKAN POLIS DIRAJA BRUNEI
