BRUNEI MUARA, Jumaat 18 Dis 2020 – Ekoran daripada kejadian rompakan bersenjata ke atas sebuah kedai emas di kawasan premis perniagaan Kg Tanjung Bunut pada 12 Disember 2020 yang lalu, Pasukan Polis Diraja Brunei (PPDB) telah menggerakkan keanggotaan di beberapa unit di bawah Jabatan Siasatan Jenayah PPDB yang diketuai oleh Unit Siasatan Khas bagi pengumpulan maklumat serta siasatan lanjut. 

Terkini, dua (2) orang suspek lelaki dan perempuan warga negara tempatan telah ditahan kerana dipercayai mempunyai keterlibatan dalam kejadian rompak tersebut. 

Walau bagaimanapun, dalang bagi suspek-supek utama dipercayai pelaku ke atas rompakan itu masih dalam pencarian dan usaha pengesanan masih diteruskan. 

Oleh yang demikian, PPDB memohon kerjasama daripada orang ramai untuk mengongsikan sebarang maklumat terhadap dua (2) orang suspek yang masih dalam pencarian pihak polis. 

Suspek Pertama 
Nama : Muhammad Noh bin Mohd Idham 
Nama Gelaran : Noh
Umur : 36 tahun 
Warga : Warganegara Tempatan 

Suspek Kedua 
Nama : Mohammad Amirul Alif bin Ali 
Nama Gelaran : Alif
Umur : 32 Tahun 
Warga : Warganegara Tempatan 

Adalah diingatkan dan ditekankan kepada orang ramai bahawa mana-mana individu yang melindungi mana-mana suspek jenayah seperti rompakan akan didakwa di bawah Seksyen 216A, Kanun Hukuman Jenayah Penggal 22 iaitu boleh dihukum penjara bagi suatu tempoh yang tidak melebihi 7 tahun dan denda. 

Di samping itu, sepertimana peruntukan di bawah Seksyen 412, Kanun Hukuman Jenayah Penggal 22 menjelaskan bahawa mana-mana individu secara tidak jujur menerima harta yang dicuri dalam rompakan berkumpulan, jika sabit kesalahan akan dihukum penjara bagi suatu tempoh yang tidak melebihi 15 tahun dan boleh dikenakan denda. 

Dikeluarkan oleh :

UNIT PERHUBUNGAN AWAM

PEJABAT PESURUHJAYA POLIS

PASUKAN POLIS DIRAJA BRUNEI