BELAIT, Rabu 12 Mei 2021 – Satu (1) operasi sekatan jalanraya telah dijalankan oleh Pasukan Polis Diraja Brunei (PPDB) melibatkan Ibu Pejabat Daerah Polis Belait dan Balai Polis Panaga di kawasan Jalan Tengah Panaga, Seria pada 10 Mei 2021. 

Dalam operasi sekatan yang dikendalikan oleh 17 keanggotaan itu telah berhasil mengambil tindakan kompaun ke atas dua (2) orang pemandu atas kesalahan cukai jalan mansuh dan tidak mempunyai lesen memandu yang sah. 

Kedua-dua pemandu akan dijalankan siasatan di bawah Seksyen 8 (4) dan Seksyen 16 Akta Kesalahan Lalulintas Jalanraya Penggal 68. 

Pasukan Polis Diraja Brunei mengingati kepada orang awam agar sentiasa patuh peraturan di jalanraya, pandu dengan cermat dan selamat serta hindari daripada sebarang perkara yang tidak diingini berlaku.

Dikeluarkan oleh :

UNIT PERHUBUNGAN AWAM

PEJABAT PESURUHJAYA POLIS

PASUKAN POLIS DIRAJA BRUNEI