BANDAR SERI BEGAWAN, Jumaat 26 Mac 2021 – Sejumlah 320 katon rokok ditemui hasil daripada rondaan keanggotaan Jabatan Siasatan dan Kawalan Lalulintas (JSKLL) di kawasan Kg Setia berdekatan Masjid Perdana Wangsa Haji Mohammad, Bandar Seri Begawan. 

Insiden penemuan barang tegahan adalah berpunca ketika pasukan peronda terserempak dengan seorang lelaki yang mencurigakan sedang menolak satu troli. Sejurus dihampiri, lelaki berkenaan segera melarikan diri dan meninggalkan troli berkenaan. 

Pemeriksaan segera dijalankan dan telah mendapati sejumlah 4 kotak bungkusan besar yang dipenuhi dengan rokok yang berjumlah 320 katon. Pihak Jabatan Kastam dan Eksais Diraja (JKED) segera dihubungi bagi peralihan siasatan dan tindakan lanjut. 

PPDB sentiasa berusaha dan tidak akan kendur-kendur dalam melaksanakan tanggungjawab yang dipikul serta menjalankan undang-undang yang diamanahkan oleh negara bagi memastikan sebarang gejala-gejala yang negatif dan berunsurkan jenayah akan diambil tindakan dan menerima hukuman sewajarnya. 

Dikeluarkan oleh :

UNIT PERHUBUNGAN AWAM

PEJABAT PESURUHJAYA POLIS

PASUKAN POLIS DIRAJA BRUNEI