TANGERANG, INDONESIA, 24–25 OGOS 2026 – Delegasi Negara Brunei Darussalam (NBD) yang terdiri daripada Unit Siasatan Pemerdagangan Manusia, Jabatan Siasatan Jenayah, Pasukan Polis Diraja Brunei (PPDB), selaku wakil Jawatankuasa Kerja Kebangsaan bagi Antipemerdagangan Orang, telah menghadiri Regional Validation Workshop on the First Draft of the ASEAN Indicators on Trafficking in Persons for Forced Criminality and Training Materials on the Application of the Non-Punishment Principle di Kota Tangerang, Indonesia.

Bengkel selama dua hari tersebut dihoskan oleh ASEAN Intergovernmental Commission on Human Rights (AICHR) Indonesia dengan kerjasama ASEAN Senior Officials Meeting on Transnational Crime (SOMTC) dan ASEAN-Australia Counter Trafficking (ASEAN-ACT).

Bengkel ini meneruskan usaha ASEAN untuk memperkukuh pelaksanaan Non-Punishment Principle (NPP) bagi melindungi mangsa pemerdagangan orang yang dipaksa terlibat dalam aktiviti jenayah, selaras dengan Bohol Work Plan 2.0 dan ASEAN Guideline on the Implementation of the Non-Punishment Principle for Protection of Victims of Trafficking in Persons.

Objektif bengkel adalah untuk menyemak dan mengesahkan draf ASEAN Indicators on Trafficking in Persons for Forced Criminality serta bahan latihan pelaksanaan NPP, di samping mendapatkan pandangan teknikal negara-negara anggota ASEAN sebelum dokumen tersebut dimuktamadkan.

Dikeluarkan Oleh :

UNIT PERHUBUNGAN AWAM

PEJABAT PESURUHJAYA POLIS

IBU PEJABAT POLIS

PASUKAN POLIS DIRAJA BRUNEI