TEMBURONG, Sabtu 6 Nov 2021 – Seramai 20 orang terdiri daripada pegawai dan anggota Daerah Polis Temburong, Pasukan Polis Diraja Brunei (PPDB) pada pagi tadi telah menyertai kempen derma darah kelolaan Kementerian Kesihatan, Negara Brunei Darussalam.
Mengetuai perwakilan PPDB ialah Pemangku Pegawai Pemerintah Daerah Polis Temburong, Timbalan Penguasa Polis (DSP) Haji Irham bin Haji Muhd Arshad yang turut menyertai kempen derma bertempat di Unit Radiology Hospital Pengiran Isteri Hajah Mariam, Pekan Bangar Temburong.
Antara lain tujuan kempen tersebut diadakan adalah untuk menyumbangkan dan mengumpulkan tabung bekalan darah di hospital berkenaan yang mana secara tidak langsung dapat membantu pihak-pihak ataupun para pesakit yang amat memerlukan.
Dikeluarkan oleh :
UNIT PERHUBUNGAN AWAM
PEJABAT PESURUHJAYA POLIS
PASUKAN POLIS DIRAJA BRUNEI
