GADONG, Sabtu 24 April 2021 – Pasukan Polis Diraja Brunei (PPDB) melalui Badan Ugama Islam (BUI) PPDB telah mengendalikan Majlis Bertahlil dan Membaca Surah Yaa Siin bagi Al-Marhum Sultan Haji Omar ‘Ali Saifuddien Sa’adul Khairi Waddien ibni Al-Marhum Sultan Muhammad Jamalul Alam, Al-Marhumah Duli Raja Isteri Pengiran Anak Damit binti Al-Marhum Pengiran Bendahara Pengiran Anak Abdul Rahman dan Al-Marhum Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda Haji ‘Abdul ‘Azim ibni Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah, yang berlangsung di Surau sementara, dewan persidangan PPDB, Ibu Pejabat Polis, Gadong.
Hadir pada majlis tersebut ialah Yang Mulia Dato Paduka Seri Haji Awang Mohammad Irwan bin Haji Hambali, Pesuruhjaya Polis PPDB.
Turut hadir ialah Yang Mulia Pengiran Dato Seri Pahlawan Haji Mohd Jefri bin Pengiran Haji Abdul Hamid, para pengarah, timbalan pengarah, pegawai-pegawai kanan, pegawai-pegawai, keanggotaan dan kakitangan awam PPDB.
Majlis dimulakan dengan Sembahyang Fardu Zohor Berjemaah diimamkan oleh Yang Mulia APO Sarjan 6472 Mohammad Yusri bin Haji Abu Bakar. Setelah itu majlis diteruskan dengan bacaan Surah Yaa Siin, Tahlil dan diakhiri dengan bacaan doa sultan dan penutup.
Mengambil keberkatan di bulan Ramadhan yang penuh dengan keberkatan ini bagi memohon kepada Allah S.W.T agar dipanjangkan umur dengan beramal ibadat kepadanya, memohon untuk dijauhkan daripada segala bala bencana serta dimurahkan memperoleh rezeki yang halal lagi bermanfaat.
Dikeluarkan oleh :
UNIT PERHUBUNGAN AWAM
PEJABAT PESURUHJAYA POLIS
PASUKAN POLIS DIRAJA BRUNEI
