TEMBURONG, Selasa 3 November 2020 – Balai Polis Temburong telah berhasil menumpaskan penyeludupan minuman keras yang dibawa masuk ke Negara Brunei melalui jalan sungai. 

Kejayaan ini adalah hasil pemantauan pencegahan jenayah yang dilakukan di kawasan penurunan perahu Kampong Meniup yang mana sebuah kereta jenis Daihatsu Gran Max berwarna hitam masuk ke kawasan penurunan perahu dan memunggah barang yang mencurigakan. 

Bertindak atas maklumat, peronda Balai Polis Temburong dikerahkan untuk menahan kereta tersebut di depan simpang jalan namun kereta berkenaan sempat melarikan diri. 

Walau bagaimanapun, pihak polis telah berjaya mengesan dan menahan 3 orang suspek warganegara tempatan berumur dalam lingkungan 20an. Ketiga-tiga suspek dibawa ke balai untuk disoal siasat dan mengaku melakukan penyeludupan tersebut. 

Sebanyak 148 botol barang tegahan pelbagai jenis dan kereta dirampas dan dibawa ke Balai Polis Temburong untuk diambil alih penyiasatan oleh Jabatan Kastam dan Eksais Diraja. 

Dikeluarkan oleh :

UNIT PERHUBUNGAN AWAM

PEJABAT PESURUHJAYA POLIS

PASUKAN POLIS DIRAJA BRUNEI