KUALA BELAIT, Rabu 21 April 2021 – Seorang wanita penduduk tetap berumur 51 tahun ditahan dipercayai terlibat dengan aktiviti perjudian 4 digit loteri di kawasan Jalan Maulana, Kuala Belait pada petang 21 April 2021.
Operasi yang dikendalikan oleh keanggotaan Ibu Pejabat Daerah Polis Belait, Pasukan Polis Diraja Brunei (PPDB) berhasil menyerbu sebuah rumah kediaman yang didapati menjalankan kegiatan mengutip taruhan perjudian 4 digit loteri.
Pihak polis turut merampas beberapa barang bukti di tempat kejadian iaitu telefon bimbit, kepingan kertas taruhan beserta wang tunai yang dipercayai digunakan untuk pertaruhan. Kesemua barang bukti beserta suspek di bawa ke Balai Polis Panaga bagi siasatan lanjut.
Kes siasatan ini disiasat di bawah Akta Rumah Judi Terbuka Penggal 28.
Sehubungan dengan itu, Pasukan Polis Diraja Brunei mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan terima kasih di atas maklumat berhubung kegiatan tersebut dan menyarankan kepada orang ramai untuk mengongsikan maklumat apa saja kegiatan-kegiatan yang mencurigakan kepada pihak Polis atau ke talian kecemasan Polis 993.
Dikeluarkan oleh :
UNIT PERHUBUNGAN AWAM
PEJABAT PESURUHJAYA POLIS
PASUKAN POLIS DIRAJA BRUNEI
