BANGAR, Selasa 24 November 2020 – Berpunca dari rondaan pencegahan jenayah yang dilakukan oleh keanggotaan Balai Polis Temburong telah berhasil menahan suspek seorang lelaki warga tempatan bersama penemuan sebanyak 120 botol minuman keras pelbagai jenama telah berjaya dirampas.
Semasa kejadian berlaku, suspek telah ditemui sedang memandu sebuah kenderaan dalam keadaan mencurigakan sedang keluar daripada kawasan Kg Ujung Jalan, Daerah Temburong dan dipercayai melarikan diri bertujuan untuk menyembunyikan diri. Melalui bantuan dari Peronda Balai Polis Temburong, kereta terbabit telah dijumpai bersembunyi di kawasan sekolah dan berhasil menahan pemandunya.
Berikutan penahanan tersebut pihak Polis telah membuat pemeriksaan ke atas suspek dan kenderaannya lalu menemukan sejumlah bungkusan kotak hitam yang berisi botol dipercayai minuman keras.
Suspek beserta barang rampasan dibawa ke Balai Polis Temburong untuk siasatan selanjutnya dan peralihan siasatan akan diserahkan ke Jabatan Kastam dan Eksais Diraja (JKED) bagi tindakan selanjutnya.
PPDB akan sentiasa berusaha dalam membuat pemantauan, risikan serta pengesanan terhadap sebarang kegiatan jenayah di kawasan-kawasan sempadan negara ini dalam usaha menangani jenayah-jenayah rentas sempadan.
Dikeluarkan oleh :
UNIT PERHUBUNGAN AWAM
PEJABAT PESURUHJAYA POLIS
PASUKAN POLIS DIRAJA BRUNEI
